Wednesday, September 1, 2010

Adik Bongsu

Dalam ramai2 adik2 aku yang paling aku sayang semestilah adik ku yang bongsu farah suraya namanya tapi ini tak bermakna aku tak sayang adik2 aku yang lain. Sumpah aku sayang semua cuma lebih menyayanyi yang bongsu sebab dia je yang aku leh layan mcm baby siap agah2 konon dia baby dan dia pon selalu pretend konon dia baby siap dia buat bunyik macam baby walaupun sekarang ni dia dah darjah satu hahahahaha hows cute my sis kan.

Aku ingat lagi dulu masa dia umur 3-4 tahun masa tengah hot cerita indon bawang merah bawang putih sampai kecoh keluar paper kata kakitangan awam buat kerja sambil tidur lewa sebab tengok cerita tu dalam waktu bekerja dan tak beri hasil kerja yang efektif malah melayan clients mereka dengan tidak berhemah dan salah seorang client mereka adalah aku -__-. Adik aku ni antara yang terpengaruh tonton cerita tu siap boleh ajuk watak olivia budak kecik yang comel tu. Kadang2 ada juga yang cakap dia mcm muka olivia haha.

Adik aku ni seorang yang aktif lincah cerdik suka berkawan ceh nakcakap yang positif aje tapi betul okayy! Nak masuk ke tahun 1 dia kene amek test untuk tentukan dia akan ke kelas mana darjah 1 nanti A ke B ke C ke D ke E ke Z ke. Lepas dia habis test kitorang tanya dia cam mana dik senang tak? dan dengan konfidennya dia kata alahh senang je kompem adik masuk kelas A punya. Okayy masa nak check result dia masuk kelas mana tengok2 masuk kelas D ! Alasan dia time exam tu dia ke tandas n balik2 kelas je cikgu dah nak kutip kertas so dia tak sempat jawab sume soklan haha. sume orang dok bersyarah kat dia kata lepas ni adik tak leh main lagi petang2 kene baca buku. Tapi spt biasa memang lah dia tak ikut !

Start 1st day darjah 1 sume orang pesan kat dia belajar rajin2 bagi dapat no 1 nanti leh masuk kelas2 atas. Satu hari dia kata dia dapat no 1 dalam kelas tapi sume orang tak percaya sebab dia bayak main ! time tu bulan jun esoknya aku kene pergi sekolah dia sempena report card day represent parents aku yang sibuk mencari nafkah hehheh. Betul adik aku yang sorang nih tak menipu, dia dapat no 1 cikgu dia kata ujian bulanan pun dia dapat no 1. Result dia 5A utk subjek upsr.

Tadi mak aku cakap adik cikgu masukkan ke kelas C padahal aku rasa adik layak ke kelas A or B lantaklahh. Tapi dia tak nak sebab membe2 dia tak de dalam kelas tu. Siap demam2 nanges2 mogok tak nak makan kelas punya pasal. Dia kata nak masuk kelas G membe dia ramai kat situ alahaii adikku. Kelas dorang byk jugak sampai H. Mula2 mmglah parents aku tak setuju tp dah sampai demam2 setuju jugak lah akhirnya. Lepas bapak aku setuju baru dia semangat balik makan banyak2 main banyak2 gila ketara perubahan !

Esok pagi ayah aku kene pergi sekolah nak settle kan hal dia. Dan tak pasal2 aku kene ikut skali sbb aku ada kt umah haishh. Macam2 lah adik ku yang seorang nih. Kadang2 rasa budak2 sekarang dah pandai berfikir. Aku rasa kalo aku ditempat dia aku tak berani kot nak cakap nak tukar kelas. Bukan nak kata aku baik tapi aku rasa budak dulu lebih kepada mengikut dan diam.



Adikku terawikh ;)

5 comments:

  1. ya,, sememangnya kamu paling syang adik bongsu kamu,, hahaha,,

    ReplyDelete
  2. YES,,,FARAH SURAYA MEMG TERCOMEL...

    ReplyDelete
  3. ida: heheheh alot

    anonymous = mengak kan?? har har har

    ReplyDelete
  4. tak baik!!!!!!!banding2 kasih..haha

    ReplyDelete
  5. kita xde mention sgt pn psl pilih kasih haha.
    adik bongsu je kita leh cium2 dye byk2. cuba kalo wat kt adik2 yg dh besar kompem dorg kata "ko nih sakit ke kak long?" har har har
    bila adik bongsu dh besar mst sedih :(

    ReplyDelete